MASJID · SURAU · KEDIAMAN
Mihrab, panel dekoratif, facade & partition CNC untuk masjid, surau, rumah dan premis komersial — direka, dihasilkan di kilang sendiri dan dipasang oleh pasukan kami.
Pengikut Facebook
Produksi kilang sendiri
Lawatan tapak & konsultasi
Johor · Pulau Pinang · Perak · Selangor

Satu pasukan dari lakaran pertama hingga serah kunci.
— SIAPA KAMI
Asia Boss Group membekalkan panel dan grill dekoratif standard mahupun tempahan khas — pelbagai saiz dan ketebalan mengikut kreativiti pereka atau rekaan pelanggan. Dari mihrab surau di Shah Alam hingga facade bangunan kerajaan di Johor, setiap projek dikendalikan dengan teliti dan kemas.
DIPERCAYAI OLEH AGENSI KERAJAAN, MAJLIS AGAMA & SYARIKAT SWASTA

— PERKHIDMATAN KAMI
Dari dalaman rumah hingga muka bangunan — kami rekabentuk, potong dengan mesin CNC dan pasang sendiri panel dekoratif yang tahan lama dan kemas.

Mihrab masjid, surau dan ruang solat di rumah dengan panel, kaligrafi & lampu LED.

Facade dekoratif berprestasi tinggi untuk kediaman, pejabat dan bangunan kerajaan.

Pembahagi ruang dan pintu gelangsar bercorak yang menjaga privasi tanpa menutup cahaya.

Feature wall, panel kaligrafi dan seni geometri yang mengubah suasana ruang.

Panel luar tahan cuaca untuk porch kereta, pagar dan ruang santai rumah.

Kedai, restoran dan pejabat — identiti jenama yang menonjol melalui dekorasi.
— PROJEK TERKINI

Skudai, Johor — dinding mihrab & panel dekoratif dewan solat

Bandar Saujana Utama, Selangor

Seksyen 15, Shah Alam, Selangor

SEBELUM & SELEPAS
Sebelum memulakan kerja, kami sediakan video proposal 3D supaya AJK masjid dan arkitek dapat melihat hasil akhir dengan jelas — tiada kejutan, hanya hasil yang tepat.
Lihat Semua Projek →— CARA KAMI BEKERJA
Tiada orang tengah. Rekaan, produksi CNC dan pemasangan semuanya dikendalikan oleh Asia Boss — jadi kualiti dan masa siap sentiasa terkawal.

Percuma. Kami ukur ruang, dengar keperluan dan cadangkan konsep yang sesuai dengan bajet.
Lihat hasil akhir sebelum kerja bermula — lukisan teknikal dan video proposal untuk kelulusan AJK.
Panel dipotong tepat dengan mesin CNC dalam pelbagai saiz, ketebalan dan kemasan.
Dipasang oleh pasukan sendiri dengan penelitian terperinci — sehingga siap sepenuhnya.

LAWATAN TAPAK & KONSULTASI PERCUMA
Ceritakan ruang anda kepada kami. Kepuasan dan citarasa pelanggan sentiasa keutamaan kami.